Monday, March 28, 2011

Jadilah Seperti Sang Murabbi

 
"semua orang bisa dakwah, tapi berapa ramai yg bisa mencintai dakwah?"
~ allahyarham kiyai Haji Rahmat Bin Abdullah ~

filem ini ana ketahui melalui tulisan oleh Dr. Asri dan Ustaz Nasruddin Hassan melalui blog mereka. selepas membaca mengenai keunikan kisah sang murabbi ini, ana berusaha utk mencari filemnya di internet. namun begitu, agak hampa kerana ana tidak berhasil menemuinya. alhamdulillah, selepas cuba mencari di dalam laman youtube, ana berjaya menemui filem ini walaupun ia nya telah dipotong sedikit demi sedikit demi memenuhi peraturan di dalam youtube. selepas tamat menonton filem ini, ana faham mengapa semasa jenazah allahyarham kiyai di bawa ke tanah perkuburan, para penuntutnya begitu sedih, tidak kurang juga yg meraung menangisi pemergian beliau.
DAKWAH KERANA ALLAH

sepanjang perjalanan hidup beliau, kiyai haji Rahmat begitu khusyuk di dalam usaha dakwahnya.. metode dakwah yg digunakan begitu memikat dan kreatif.. umpama al-syahid Hassan al-Banna, beliau masuk ke tempat2 maksiat utk mengeluarkan para a'si dari kegelapan lembah itu.. apabila difikirkan sejenak, adakah kita mampu berbuat sedemikian? babak yg paling menarik perhatian ana adalah apabila kaedah dakwahnya dipertikai oleh beberapa tok guru lain, yg mengatakan bahawa beliau telah membawa ajaran sesat, tidak mengikut uruf dakwah di indonesia dan lain2.. sefahaman ana, kaedah dakwah yg dijalankan di kampung beliau haruslah menerusi pengajian melalui kitab2 dan diikuti dengan beberapa persembahan pentas utk menaikkan semangat penuntut2. kiyai tidak cepat melatah, bahkan dgn berhikmah, mengadakan ziarah dan dialog di rumah2 tok guru tadi. fenomena ini tidak ubah spt yg berlaku di m'sia, u'ruf menjadi penghalang kpd usaha dakwah (tidak perlu saya ulaskan di sini).
TIDAK RELA MELIHAT ORANG LAIN DI DALAM KESUSAHAN

tidak ubah seperti sifat Rasulullah saw dan para sahabat, kiyai Haji Rahmat tidak rela melihat orang lain di dalam kelaparan walaupun diri beliau sendiri tidak mempunyai keperluan yg cukup. di dalam satu babak filem ini, dipaparkan bagaimana apabila sang murabbi mengetahui bahawa pembantunya tidak hadir utk membantu beliau bergerak ke tempat ceramah (pembantunya sbg driver) kerana sakit, dan seisi keluarga pembantunya itu tidak mendapat keperluan rumah yg mencukupi, sang murabbi, tanpa berfikir panjang, meminta isterinya menyerahkan kpd isteri si pembantu tadi keperluan rumah mereka walaupun hakikatnya mereka sendiri dlm kesempitan. isteri sang murabbi yg memahami perjuangan dan kebaikan hati si suami, tanpa banyak bicara, menyerahkan keperluan rumah mereka utk kegunaan keluarga si pembantu (adakah bisa utk ku temukan wanita spt ini?).. subhanallah! begitu mulia hati sang murabbi ini.. fikirkan sejenak.. kalau diri kita ini, walaupun dlm keadaan yg senang, walaupun mempunyai keperluan yang mencukupi, apabila datang seorang hamba Allah meminta bantuan, adakah akan diherdik hamba Allah itu @ dibantu? memikirkan keangkuhan diri ini, adakah masih layak kita utk dimasukkan di kalangan ummat Muhammad?
DIDIKAN YANG BERJAYA

didikan dakwah yg dibawa oleh kiyai haji Rahmat bin Abdullah amat mendatangkan kesan kpd sanubari para anak didiknya. kaedah yg berkesan, dakwah yg konsisten dan pekerti yg luhur merupakan antara faktor kejayaan dakwah beliau. bayangkan, seorang polis yg ditugaskan utk menangkap beliau utk dihadapakan ke ketua balai atas dakwaan menyebarkan fahaman teroris (xubah mcm kat m'sia kan?), jatuh hati kpd ta'lim yg di bawa oleh beliau hanya dgn sekali pertemuan halaqah ilmu yg tidak dirancang langsung oleh si polis. antara anak didik beliau ada yg telah menubuhkan parti Islam di indonesia. tarbiyyah yg berkesan, menjadi tunjang kpd kebangkitan gerakan Islam di dunia.



~ kisah allahyarham kiyai haji Rahmat bin Abdullah hanyalah satu kisah drpd kisah2 para dai'e di dunia ini. di m'sia juga, misalnya, kita ada ustaz fadhil noor, ustaz ibrahim libya dan ramai lagi dai'e yg sanggup menitiskan air mata dan darah mereka demi usaha dakwah an kegemilangan Islam di negara ini..mereka ini layak utk ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan mendapat naungan di mahsyar kelak, insya-Allah.. muhasabah sebentar.. bagaiman dengan diri kita?? renungkan.. apakah yg telah kita lakukan demi Islam?? sanggupkah kita menggadaikan sekurang2nya wang ringgit kita demi menegakkan kembali daulah Islam di dunia ini?? tepuk dada, tanya iman, wallahua'lam.. ~

0 comments:

Post a Comment