Pada satu hari, seperti biasa pada bulan-bulan yang sebelumnya. Saya mengajar tuition kepada pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2007. Ketika sedang berehat sebentar sebelum menyambung ke matapelajaran lain maka hati saya terdetik. “Bagus juga kalau dapat tengok sejauhmana kefahaman adik ni tentang Aqidah Islamiyyah”.
Maka saya bertanya kepadanya. “Sejauhmana adik meyakini kewujudan Allah”. Pada ketika itu saya beranggapan, tentu jawapannya cukup dasat. Manakan tidak. Naib juara pertandingan Azan, keluarganya pula orang surau dan Pendidikan Islam sentiasa dapat A memanjang. Tetapi tiba-tiba jawapannya membuatkan saya terkedu sebentar. “Cikgu, kadang-kadang saya rasa kurang yakin Allah itu wujud”
Jawapan yang cukup menggusarkan hati. Inilah realiti. Terdapat dikalangan anak-anak yang pada luarannya, amalannya cukup mantap, tetapi bila kita bertanya kembali tentang Aqidah, kefahamannya senipis kulit bawang. Mereka boleh menerangkan Aqidah secara teorinya tidak ubah seperti burung kakak tua mengulang-ulangkan ayat tetapi jahil dari segi pengertiannya.
Saya tertarik dengan e-mail daripada armchent89 (armchent89@...)
“Ana seorang yang ada ramai adik2 kecil,mak ayah pulak sibuk dengan
kerja. Bukan diorang tak terapkan pendidikan agama, tapi masih tak
sempurna kerana kesibukan.
So, nak minta pandangan, apakah cara terbaik untuk menerapkan
pendidikan aqidah terhadap kanak2?
Bagaimana pendekatan, ada silibus ke??”
P/s: target mad'u, kanak2 berumur 5 hingga 12 tahun.
kerja. Bukan diorang tak terapkan pendidikan agama, tapi masih tak
sempurna kerana kesibukan.
So, nak minta pandangan, apakah cara terbaik untuk menerapkan
pendidikan aqidah terhadap kanak2?
Bagaimana pendekatan, ada silibus ke??”
P/s: target mad'u, kanak2 berumur 5 hingga 12 tahun.
Sebelum ini saya telah respons sedikit tetapi setelah saya membaca sebuah buku berkaitan pendidikan anak-anak maka saya ingin berkongsi hasil pembacaan saya.
Saya ingin menukilkan petikan Dari Buku ‘Tarbiyatul Aulad’ karangan Abdullah Nasih Ulwan terbitan Pustaka Salam;
Manhaj Islam dalam mengislah dan mendidik anak-anak kecil bergantung kepada 2 perkara asas;
- Memberi pengajaran
- Mengulang-ulang pengajaran dan perbuatan.
Yang dimaksudkan dengan yang pertama itu ialah memberi tunjuk ajar secara teori dan yang kedua pula ialah mengarah, mengulang-ulang supaya anak-anak sentiasa ingat dan melaksanakannya. Ia juga disebut amali.
Dua cara ini sangat bersesuaian dengan tabi’I dan kemampuan anak-anak keci, jika dibandingkan dengan tahap atau peringkat umur yang lain. Adalah menjadi kewajipan serta sangat mustahak bagi para murabbi dan ibubapa juga para guru supaya sentiasa memberi pengajaran itu dalam bentuk amal bila ia telah mula memahami hakikat kehidupan
Ini merupakan metodologi yang pada saya adalah asas kepada memahamkan mengajar sesuatu perkara kepada kanak-kanak kerana sifat mereka yang baru hendak terbina pemikiran yang sudah tentu sukar memahami penjelasan yang terlalu mendalam atau abstrak.
Isi kandungan bagaimana kita boleh mengajar kanak-kanak juga turut dicadangkan oleh Abdullah Nasih Ulwan dalam buku yang sama secara ringkasnya seperti berikut ;
- Mengajarkan kepada anak-anak kalimah tauhid ‘La ilaha illaLLAH’
- Mendidik secara amali yang anak-anak perlu beriman kepada Allah dengan sepenuhnya dan tidak ada pencipta lain dan pereka alam ini melainkan Allah. Gunakan persekitaran mereka dengan memperlihatkan penciptaan langit, bumi, laut dan pelbagai lagi untuk menunjukkan kepada mereka hebatnya ciptaan Allah.
- Pendidik juga hendaklah memberi pengajaran apa sahaja di alam ini yang kita boleh lihat dan dengar (menggunakan pancaindera)adalah ciptaan Allah. Alam ini tidak akan terjadi dengan sendirinya. Segala apa yang terjadi di alam ini semuanya dengan izin Allah. Pendidik perlu mengajar dari pada bahagian yang mudah dahulu sebelum ke perkara yang lebih susah atau abstrak.
- Mengajarkan solat apabila mereka berumur 7 tahun. Pendidik hendaklah mengajarkan dengan penuh perhatian dan kesabaran. Biasakan anak-anak solat berjamaah di masjid. Sehinggalah solat menjadi kebiasaan kepadanya.
- Pendidik perlu mengajarkan perihal halal dan haram. Dari segi praktiknya, pendidik hendaklah memperingatkan ‘Ini adalah Haram’ bila didapati anak-anak melakukan perkara buruk seperti mengelurkan kata-kata kurang elok atau mencuri. Jika anaknya melakukan kebaikan maka pujilah kebaikan tersebut. Sentiasa mengulang-ulang sehingga ia sebati di dalam diri mereka.
- Pendidik mengajar anak-anak supaya mencintai Rasulullah, keluarga dan para sahabat dan juga membaca Al-Qur’an. Jika berpeluang bacakan kisah-kisah Rasulullah, sahabat-sahabat Baginda dan tokoh-tokoh dunia Islam sepanjang zaman kepada anak-anak.
Tetapi, kerana batasan masa jadi kadangkala bukan mudah untuk menjalankan cadangan-cadangan berkenaan. Apa yang saya ingin cadangkan carilah tadika Islam atau guru yang baik untuk mengajar tentang Islam di rumah. InsyaAllah semoga dengan usaha ini maka kita dapat membentuk generasi yang bukan sahaja baik (soleh) tapi mampu merubah orang lain juga untuk menjadi baik (musleh).
Inilah di antara perkara-perkara yang sama-sama kita boleh lakukan untuk mentarbiyah anak-anak kecil ini. Lebih-lebih lagi dalam dunia serba mencabar. Dunia di mana kanak-kanak mengenali Barnie’s, Teletubbies, Barbie dan Ultraman daripada mengenal Allah. Itu tidak lagi dengan senarai hantu-hantu yang lebih ditakuti daripada takut kepada Allah.
Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat.
0 comments:
Post a Comment