Saturday, February 12, 2011

MEETING AJK

Assalamualaikum....

Mesyuarat MGP Negeri Sabah telah diadakan tadi pada 12 Febuari 2011,di PASTI SEMBULAN,Pada jam 10 pagi....semoga semua perancangan berjalan dgn baik dan dipermudahkan olehNYA...Ameen...

 ANTARA AJK2 MGP NEGERI SABAH YG BERKOMITMEN TINGGI


 KEHADIRAN CIKGU SAMAD DAN ENCIK LAHIRUL LATIGU YG MEMBERIKAN KATA-KATA SEMANGAT KEPADA PIMPINAN MGP NEGERI SABAH

Friday, February 11, 2011

PENDIDIKAN KANAK2..BAGAIMANA???

Pada satu hari, seperti biasa pada bulan-bulan yang sebelumnya. Saya mengajar tuition kepada pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2007. Ketika sedang berehat sebentar sebelum menyambung ke matapelajaran lain maka hati saya terdetik. “Bagus juga kalau dapat tengok sejauhmana kefahaman adik ni tentang Aqidah Islamiyyah”.
Maka saya bertanya kepadanya. “Sejauhmana adik meyakini kewujudan Allah”. Pada ketika itu saya beranggapan, tentu jawapannya cukup dasat. Manakan tidak. Naib juara pertandingan Azan, keluarganya pula orang surau dan Pendidikan Islam sentiasa dapat A memanjang. Tetapi tiba-tiba jawapannya membuatkan saya terkedu sebentar. “Cikgu, kadang-kadang saya rasa kurang yakin Allah itu wujud”
Jawapan yang cukup menggusarkan hati. Inilah realiti. Terdapat dikalangan anak-anak yang pada luarannya, amalannya cukup mantap, tetapi bila kita bertanya kembali tentang Aqidah, kefahamannya senipis kulit bawang. Mereka boleh menerangkan Aqidah secara teorinya tidak ubah seperti burung kakak tua mengulang-ulangkan ayat tetapi jahil dari segi pengertiannya.
Saya tertarik dengan e-mail daripada armchent89 (armchent89@...)
“Ana seorang yang ada ramai adik2 kecil,mak ayah pulak sibuk dengan
kerja. Bukan diorang tak terapkan pendidikan agama, tapi masih tak
sempurna kerana kesibukan.
So, nak minta pandangan, apakah cara terbaik untuk menerapkan
pendidikan aqidah terhadap kanak2?
Bagaimana pendekatan, ada silibus ke??”

P/s: target mad'u, kanak2 berumur 5 hingga 12 tahun.
Sebelum ini saya telah respons sedikit tetapi setelah saya membaca sebuah buku berkaitan pendidikan anak-anak maka saya ingin berkongsi hasil pembacaan saya.
Saya ingin menukilkan petikan Dari Buku ‘Tarbiyatul Aulad’ karangan Abdullah Nasih Ulwan terbitan Pustaka Salam;
Manhaj Islam dalam mengislah dan mendidik anak-anak kecil bergantung kepada 2 perkara asas;
  1. Memberi pengajaran
  2. Mengulang-ulang pengajaran dan perbuatan.
Yang dimaksudkan dengan yang pertama itu ialah memberi tunjuk ajar secara teori dan yang kedua pula ialah mengarah, mengulang-ulang supaya anak-anak sentiasa ingat dan melaksanakannya. Ia juga disebut amali.
Dua cara ini sangat bersesuaian dengan tabi’I dan kemampuan anak-anak keci, jika dibandingkan dengan tahap atau peringkat umur yang lain. Adalah menjadi kewajipan serta sangat mustahak bagi para murabbi dan ibubapa juga para guru supaya sentiasa memberi pengajaran itu dalam bentuk amal bila ia telah mula memahami hakikat kehidupan
Ini merupakan metodologi yang pada saya adalah asas kepada memahamkan mengajar sesuatu perkara kepada kanak-kanak kerana sifat mereka yang baru hendak terbina pemikiran yang sudah tentu sukar memahami penjelasan yang terlalu mendalam atau abstrak.
Isi kandungan bagaimana kita boleh mengajar kanak-kanak juga turut dicadangkan oleh Abdullah Nasih Ulwan dalam buku yang sama secara ringkasnya seperti berikut ;
  1. Mengajarkan kepada anak-anak kalimah tauhid ‘La ilaha illaLLAH’
  2. Mendidik secara amali yang anak-anak perlu beriman kepada Allah dengan sepenuhnya dan tidak ada pencipta lain dan pereka alam ini melainkan Allah. Gunakan persekitaran mereka dengan memperlihatkan penciptaan langit, bumi, laut dan pelbagai lagi untuk menunjukkan kepada mereka hebatnya ciptaan Allah.
  3. Pendidik juga hendaklah memberi pengajaran apa sahaja di alam ini yang kita boleh lihat dan dengar (menggunakan pancaindera)adalah ciptaan Allah. Alam ini tidak akan terjadi dengan sendirinya. Segala apa yang terjadi di alam ini semuanya dengan izin Allah. Pendidik perlu mengajar dari pada bahagian yang mudah dahulu sebelum ke perkara yang lebih susah atau abstrak.
  4. Mengajarkan solat apabila mereka berumur 7 tahun. Pendidik hendaklah mengajarkan dengan penuh perhatian dan kesabaran. Biasakan anak-anak solat berjamaah di masjid. Sehinggalah solat menjadi kebiasaan kepadanya.
  5. Pendidik perlu mengajarkan perihal halal dan haram. Dari segi praktiknya, pendidik hendaklah memperingatkan ‘Ini adalah Haram’ bila didapati anak-anak melakukan perkara buruk seperti mengelurkan kata-kata kurang elok atau mencuri. Jika anaknya melakukan kebaikan maka pujilah kebaikan tersebut. Sentiasa mengulang-ulang sehingga ia sebati di dalam diri mereka.
  6. Pendidik mengajar anak-anak supaya mencintai Rasulullah, keluarga dan para sahabat dan juga membaca Al-Qur’an. Jika berpeluang bacakan kisah-kisah Rasulullah, sahabat-sahabat Baginda dan tokoh-tokoh dunia Islam sepanjang zaman kepada anak-anak.
Tetapi, kerana batasan masa jadi kadangkala bukan mudah untuk menjalankan cadangan-cadangan berkenaan. Apa yang saya ingin cadangkan carilah tadika Islam atau guru yang baik untuk mengajar tentang Islam di rumah. InsyaAllah semoga dengan usaha ini maka kita dapat membentuk generasi yang bukan sahaja baik (soleh) tapi mampu merubah orang lain juga untuk menjadi baik (musleh).
Inilah di antara perkara-perkara yang sama-sama kita boleh lakukan untuk mentarbiyah anak-anak kecil ini. Lebih-lebih lagi dalam dunia serba mencabar. Dunia di mana kanak-kanak mengenali Barnie’s, Teletubbies, Barbie dan Ultraman daripada mengenal Allah. Itu tidak lagi dengan senarai hantu-hantu yang lebih ditakuti daripada takut kepada Allah.
Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat.

http://broyusry.blogspot.com/

Wednesday, February 9, 2011

GURU OH GURU

Sebelum baca kisah pendek ini..

" Pernah bace crite ni?? "
" penah kot..." jwb dgn muke xde perasaan..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.  

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

~~ Moral of the story..~~

---> sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
---> Besarnya peranan guru dlm mendidik pelajar sebab ape yg cikgu suruh, kebanyakannya akan dituruti oleh pelajar.
---> Bukan mudah utk menjadi guru yg betul2 guru.

Selepas...

" ape perasaan?? "
sob..sob..sob.....

Monday, February 7, 2011

HARI GURU PERINGKAT NEGERI SABAH 2010

Majlis hari guru PASTI peringkat Negeri Sabah telah diadakan dengan jayanya di Politeknik Sandakan pada 5 Jun 2010.Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru dari seluruh zon di Sabah.Ada guru-guru yang datang dengan menaiki kapal terbang dan juga bas.Bagi guru-guru Sandakan pula,mereka hanya menaiki pengangkutan peribadi.Seramai telah menghadiri majlis ini.Semua guru-guru telah ditempatkan di Berek Polis Penjara yg terletak di Batu 7 sepanjang program ini dijalankan.
Hendak dijadikan cerita,guru-guru yang datang dari zon Pantai Barat Selatan(sepanggar) dengan menaiki bas pada 4 Jun 2010 tiba di Sandakan pada pukul 9 malam.Pada hari tersebut,penginapan belum lagi disediakan.Smua guru-guru bersepakat hendak menyewa di hotel sahaja dengan cara berkongsi bayaran.Maka setibanya di perhentian bas,k.k-sandakan guru-guru pun dijemput oleh pihak pengurusan.Pada masa itu bermulalah pencarian hotel,bandar dikelilingi untuk mencari hotel terdekat tapi malangnya kebanyakan hotel penuh kerana pada masa itu cuti sekolah pun bermula dan ramai yang sedang 'cuti-cuti Malaysia'.Akhirnya,mereka ke Hotel Grand di batu 4....mujurlah ada beberapa bilik lagi yang kosong.Sesuatu menarik telah berlaku,ketika mereka hendak membayar sewa bilik tersebut,Ustaz yang menghatar mereka ke hotel tersebut telah pun 'mensponsor' bayaran tersebut..dengan girangnya guru-guru pun melompat kegembiraan..hehehehe..terima kasih kepada ustaz berkenaan.
Berbalik kepada cerita Hari Guru tadi,majlis itu telah diadakan pada pukul 8 malam.Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Pengarah PASTI Sabah,Encik Anuar Ali.Majlis di mulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan-ucapan daripada ahli lembaga yang tertinggi.Ada persembahan cerita daripada seorang pelajar PASTI daripada Kudat.Majlis tersebut diakhiri dengan pertukaran hadiah diantara guru-guru.Seronok rasanya...
 GURU PASTI KAW SEPANGGAR

CIKGU WAWA & ZULITAH BERSAMA GURU2 SANDAKAN

SEMUA GURU2 PASTI SABAH
(ada lagi yang xde dlm gambar)


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM








ORGANISASI MGP NEGERI SABAH

 KETUA GURU : NORHAYATI ABDUL GANI

TIMBALAN : FIRUSAH JUREMI



SETIAUSAHA : WAHAYU JUREMI



BENDAHARI : SOFIAH RAFIEI


 UNIT KURIKULUM
KETUA : SUSANTY SAINUDIN
TIMBALAN : RUSNI




UNIT TARBIYYAH
KETUA : NANI LORONG
TIMBALAN : AISYAH LATOMBA


UNIT DOKUMENTASI DAN PENERANGAN
KETUA :HERNAWATI BAHARUDDIN
TIMBALAN : NOORLELA DASAN

 UNIT EKONOMI 
SOFIAH RAFIEI





UNIT KEBAJIKAN
 NORLAILA ABD RAHIM



UNIT LATIHAN GURU
KETUA : AJMAWATI AMRIULLAH
TIMBALAN : JUNAINA JAKLA